***VISI SMKPN***

***VISI SMKPN***
Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Nyior Akan Menjadi Sekolah Gemilang di Negeri Kedah Menjelang 2010

Thursday, March 12, 2009

Cerita 2008


Oleh Shamsudin Oli Mohamad rencana@hmetro.com.my

ANGKASAWAN Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie mahu pelajar memberi lebih tumpuan dalam subjek Sains dan Matematik bagi merealisasikan impian negara menakluki angkasa lepas pada masa depan.
Menurutnya, walaupun Malaysia hanya sebuah negara kecil, kewibawaannya terserlah dan banyak negara di dunia ini kagum dengan pencapaiannya.
“Kejayaan negara ini di peringkat dunia sudah mendapat penghormatan, justeru menjadi tanggungjawab generasi muda meneruskan kesinambungannya.“Jika pelajar menanam minat dan belajar bersungguh-sungguh, mereka mampu menakluk angkasa lepas seperti dilakukan negara maju,” katanya ketika Majlis Menjangkau Angkasa Dewan Darul Qiyam SMK Pulau Nyior, Jitra, Kedah, baru- baru ini.
Lebih 700 pelajar dan guru berpeluang mendengar dan melihat tayangan video yang dibawa Dr Sheikh Muszaphar ketika berada di ISIS.Beliau turut merasmikan Dataran Angkasawan yang dihasilkan pelajar Seni dan Visual sekolah itu.
Sementara itu, bagi pelajar tingkatan empat, Siti Nur Qhalida Mahmud, dia gembira hasratnya bertemu angkasawan negara itu tercapai.“Sebelum ini, saya lihat wajahnya di akhbar dan TV tetapi kesempatan bertemu muka memang sesuatu yang ditunggu.“Beliau memberi kami semangat untuk belajar bersungguh-sungguh terutama memberi tumpuan subjek Sains dan Matematik,” katanya.
Bagi pelajar tahun empat SK Jitra, Muhammad Saniy Samsudin, dia bangga mendengar dan berkongsi pengalaman, sekali gus mahu belajar bersungguh-sungguh.“Selepas mendengar pengalaman beliau, saya rasa teruja dan menanam cita-cita untuk menjadi angkasawan negara suatu hari nanti,” katanya.
Pada majlis itu, Dr Sheikh Muszaphar turut menyerahkan kain rentang untuk dikibarkan 160 pelajar yang akan menawan Gunung Baling.
Kami akan mula berbicara tentang segala aktiviti yang dijalankan di sekolah.